Sepohon 'Melaka' yang tegap hidup di muara laut BBB,
Dihulurkan sekuntup bunga Kuning sebagai tanda Kenangan....
Dihulurkan sekuntup bunga Kuning sebagai tanda Kenangan....
Sejarah
Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528
dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I
telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak
berhampiran pekan Bagan Datok
Setiap bakal Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.

Perjalanan:
Terpanggil ke Beting Beras Basah, Perak. Perjalanan semua dipermudahkan. kebetulan tarikh yang sama Raya Deepavali oleh Merah Silu pada 3 tahun yang lepas.
Perjalanan pada waktu pagi bermula dari Pasir Salak, singgah ditempat sungai Perak dimana tempat Birch di bunuh lalu menuju ke Teluk Intan.
Singgah sebentar di menara Condong. terus ke Bagan Datuk membuat persediaan dan bertemu penunjuk arah yang telah ditakdirkan.
No comments:
Post a Comment