YEARS

Sunday, January 5, 2014

5th Journey: Pulau Besar, Melaka 2012


PULAU BESAR, MELAKA

Kubur Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail.
Keturunan Rasullullah ke-18
Dilahirkan di Baghdad pada 17 Rabiulawal 887H (1463M)
  
Ayah:Saiyid As Syeikh Abdul Qadir
Ibu:  Sayyidah Fatimah
Moyang: .Sultan Al Awliya' Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani
 (Wali Allah  juga dikenali sebagai Wali Lanang di Kepulauan Melayu)

Muridnya yang terkenal: Raden Makhdun-Ibrahim (Sunan Bonang) dan Raden Paku (Sunan Giri)
Mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa akhirnya tiba di Pulau Besar bersama 16 orang sahabat
 (1495M)
Jasa dan Sumbangan besar beliau melalui ajarannya telah berkembang luas di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa dan kelantan.

Sultan Al Ariffin Sheikh Ismail meninggal dunia pada 17 Rabiulawal (925H) ketika berusia 58 tahun.

Perjalanan kami dipermudahkan dengan kebetulan ada keluarga Habib (Bapa & Anak) menempah Feri yang selesa. Kami cuma membayar RM12.  Kalau diikutkan kami kena menunggu 1 jam lagi untuk (feri kecil yang sesak)  ke Pulau Besar.

 Jeti Anjung Batu, Melaka

Habib yang menumpangkan kami Feri (gambar atas) beliau bersama anaknya amat mesra, airmuka yang bersih dan sentiasa tersenyum.  Saya merasakan kemungkinan beliau ada kena mengena dengan keturunan 'Habib di Nusantara'
Ketua Rombongani ini bernama Hj Nasir.

Semasa sampai di Pulau Besar saya mengesyorkan kami bersama-sama menaiki van ke Makam Sultan Ariffin.  Semasa tahlil Habib ini mengetuai pembacaan.  Kami tumpang ikut je.....Kawan kami - (lelaki Cina) menjaga dan menemankan kami sewaktu lawatan disekeliling Pulau disini.

 Bersama Imam/Bilal Surau En. Ramli bin Abdul Majid yang menjaga Makam Sultan Al Ariffin.  Kawasan ini dijaga oleh Majlis Agama Melaka
-------------------------------------------------------------------
Perjalanan:    Pada 28hb April 2012 (hari cuti), semasa 10 hari Festival chess berlangsung Bandar Melaka.  Kami bermula perjalanan  pada jam 8.20am daripada Hotel Hang Tuah ke Jeti Anjung Batu. Menaiki Teksi dengan bayaran RM40.

 Bermulanya 750 Years Melaka  Historical Chess Open Championship 2012
Acara Pembukaan
Percaturan:

Tun Mohd Khalil bin Yaakob -Yang di-Pertua Negeri (Governor) Negeri Melaka. Datuk Ali Rustam, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Dato Gan
 
 Rakaman RTM di Angkasapuri - Tan Sri Ramli Ngah Talib bersama Dato Gan
Publisiti sebulan sebelum kejohanan. (Selamat Pagi Malaysia)
Team yang menjayakan Kejohanan 750 Melaka Historical International Chess Festival.
Bersama Khairi Jansar - perwakilan daripada orang Melaka.
 Publisiti Surat khabar melaka selama seminggu bahagian sukan.

Pengisian:

Banyak perkara yang ingin disampaikan. Kesinambungan dan kesimpulan  apa yang tersirat & tersurat.
  • Perjalanan ke Pulau Besar ini tidak dirancang.  Kebetulan kami ada di Melaka kerana menjayakan 750 years Historical Melaka International Chess Championship 2012. Misteri kebetulan bersama rombongan Habib dan perjalanan dipermudahkan.
  • Bermalam di dalam kereta sehingga subuh di hadapan rumah  Rasmi Ketua Menteri Melaka - Datuk Ali Rustam.  Kami mengajukan masalah kami kerana Yayasan Melaka tidak membayar Hadiah Kejohanan sebanyak 50K kepada pemain International.  Datuk Ali  Rustam menolong kami membawar separuh (25K) dan selebihnya kami terpaksa memohon bantuan Ramelle Ramli (secretary kejohanan) 25K. 
  • Satu pangilan misteri daripada Kuala Lumpur yang saya tidak kenali menelefon pada pukul 12 tengah malam yang menyuruh saya membuka akaun Tabung Haji. Kebetulan perancangan ke Pulau Besar pada kemudian harinya.  Perkara yang baik, apa salahnya.

No comments:

Post a Comment