HUE , VIETNAM - Forbidden City- bandaraya diraja dan ibu negara Dinasti Nguyen
Peningalan Kerajaan Melayu Champa -
Yang tertua wujud di Indo-China telah TERHAPUS.
Hue dulunya adalah ibukota dari Vietnam ketika negara itu
berada di bawah bendera Dinasti Nguyen. Sejarah dinasti yang panjang
meninggalkan beberapa bangunan bersejarah, seperti benteng, monumen dan makam.
Selain itu, letaknya yang berada di tengah Vietnam menjadi lokasi pertempuran
antara pasukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara ketika Perang Vietnam.
Ngo
Mon . Di belakang ialah FlagSquare Tower yang dibina pada tahun 1809
Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir
abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh Perancis .
Ketika Perang Dunia II, Empayar Jepun mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam,
Meskipun pada masa yang sama mengekalkan pentadbir Perancis
ketika pendudukannya. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai
semula Vietnam namun akhirnya gagal. Perjanjian Geneve
membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk
menyatukan semula negara.
Lambang "Unicorn' - - Simbol Penjaga Istana
Terletak di satu kawasan empat
segi seluas 10km yang digelar Citadel (Kubu).
----------------------------------------------------------Pengisian
KERAJAAN CHAMPA
Champa
adalah tempat paling awal yang di diami oleh orang Melayu (kaum tertua
yang wujud di Indo-China) di nusantara ini. Catatan sejarah China
menyebut bahawa telah wujud sebuah negeri yang ditulis sebagai Lin Yi
(Champa) pada tahun 192 Masehi. Bagaimana pun ahli sejarah sedang
berusaha untuk mendapatkan petunjuk bagi membuktikan sejarah Champa
telah bermula (semenjak tahun 137 Masehi) lebih awal dari tarikh yang
nyatakan tersebut.
Saya bergambar dengan Etnik Minorti - Rambut bersanggul tinggi
Negara Champa yang telah
diwujudkan oleh bangsa Melayu tersebut merupakan negara berasaskan
negara kota perdagangan dan pelabuhan. Masyarakat Melayu Champa adalah
golongan ahli perniagaan yang diwarisi dari datuk nenek mereka semenjak
ribuan tahun lampau. Selain dari penganut agama yang taat, mereka juga
adalah pelaut yang paling mahir di dunia. Kemahiran mereka menguasai
dunia lautan menyebabkan masyarakat antarabangsa pada zaman dahulu
menamakan Laut Champa, yang ratusan tahun kemudian ditukar menjadi Laut
China Selatan.
Kestabilan
Champa mula tergugat apabila Dai Viet (Annam atau Vietnam) telah
mendapat pembebasan dari negeri China pada tahun 938 Masehi. Sebaik
sahaja mengisytiharkan kemerdekaan, beserta dengan alasan bahawa
penduduknya semakin ramai, maka kerajaan Vietnam memulakan kempen
memperluaskan kawasan jajahan dengan menakluk negara jiran seperti
Kemboja dan Champa. Serangan pertama yang dilancarkan oleh Vietnam pada
tahun 982 Masehi. Semenjak itu bermulalah episod perang antara Champa
dan Vietnam yang akhirnya membawa kehancuran Champa dan lenyap dari peta
dunia.
Thien Mu Pagoda - Ditepi Perfume River
Peperangan
di antara Champa dan Vietnam telah memakan masa ratusan tahun, dengan
diselangi pelbagai rencah politik dari negara tetangganya seperti China,
Khemer (Angkor atau Kemboja) serta Ayuthia (Siam). Letusan perang
tersebut berlanjutan sehinggalah kejatuhan Vijaya, ibu negari Champa
pada tahun 1471. Serangan yang disertai seramai 250,000 orang tentera
Vietnam telah mengakibat kemusnahan besar terhadap orang Melayu Champa.
Selain ibu kota mereka dijajah, berpuluh ribu rakyat Champa telah
terkorban dan menjadi tawanan perang. Raja Champa yang bernama Ban La
Tra Toan (Raja Chanranekalawa) serta kaum kerabat baginda juga turut
terkorban dalam serangan tersebut.
Central
Path dan Tasik Thai Dich dilihat daripada Ngo Mon Gate.
Kejatuhan Kota Vijaya ke tangan Vietnam tersebut menyebabkan menantu Raja Chanranekalawa, Wan Bo Tri Tri memindahkan ibukota Champa ke Panduranga. Wan Bo Tri Tri kemudian ditabalkan menjadi Raja Champa yang juga dikenali sebagai Sultan Wan Abu Abdullah (Raja Champa 1471 – 1478).
Era
pemerintahan Wan Bo Tri Tri, Champa mula berubah corak. Agama Islam
telah berkembang pesat. Bahasa Melayu Sanskrit tidak lagi digunakan dan
kebudayaan Hindu-Budha telah dicampur dengan kebudayaan Islam yang
dibawa dari Patani dan India. Pelabuhan Panduranga dibina dan kemudahan
diperluaskan. Raja-raja daerah atau raja adat dari pelbagai kaum mula
bersatu dan boleh bekerja sama di bawah panji Islam. Kekuatan tentera
mulai tersusun dan Champa mula
kembali membangun dan bertambah maju sehinggakan negeri-negeri yang
bersempadan mula teragak-agak untuk memulakan serangan.
Bagaimana
pun, selepas era Wan Bo Tri Tri, Champa mulai diganggu gugat semula
oleh musuh tradisi iaitu Vietnam. Sehinggalah pada tahun 1577, Champa
dibawah pemerintahan Po Rome atau Sultan Abdul Hamid Syah (Raja Champa
1577 – 1657). Po Rome telah cuba mengumpul kekuatan dan mempertahankan
bumi Champa namun pada tahun 1832, Champa telah dihapuskan namanya dari
peta dunia oleh Vietnam. Maka berakhirlah Kerajaan Melayu Champa yang
telah terdiri di muka bumi ini lebih dari 1,000 tahun (192 – 1832
Masehi).
Bangsa
Melayu Champa adalah sebuah bangsa yang taat dalam beragama, ahli
perniagaan serta pelayar samudera yang hebat. Akhirnya terperangkap
dalam kemelut politik dan perang negeri jirannya Vietnam. Champa adalah
bukan sebuah negara yang lemah dari segi pertahanannya, tetapi banyak
faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan kejatuhan kerajaannya.
Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho
Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar
Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat
Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga
Kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula
memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang
paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga
1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk
Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang
Melayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini
telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia
menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah
Al-Quran.
Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya
telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke
Kota Hue.
Catatan: seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair
Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah)
------------------------------------------------------------------
Perjalanan:
Pada ASEAN AGE-GROUP Chess Championship 2012, kejohanan di adakan bulan Jun di Bandar Hue, Vietnam. Kami menginap di Hotel Huong Giang & Spa di persisir Purfume River. Menginap 10 hari.
Percaturan:
Perlantikan baru sebagai Setiausaha ASEAN -Chess Confederation 2012-2015