YEARS

Thursday, May 19, 2022

UTM Skudai di Fakulti Alambina : Lirik lagu & Memori

 Bersambung daripada kisah 2:  .BCWMCF Blog.......

Pondok Wakaf di Laman Terbuka Fakulti Alambina, UTM Skudai. 
Memori di tahun 1991 - 1994

Saya teringat teman lama..ZH-Joe yang mencipta dan menyanyikan lagu sambil memetik gitar pada saya semasa di Universiti dahulu......menerusi bait-bait lirik lagunya....

Kau.........tak dilahirkan 
dalam kecacatan 
mengapa kau muram saja.....

Biarkan mereka 
dengan dunia yang tidak sempurna.....

Aku jua seperti mu 
Sering dibelengu dengan kehidupan yang palsu..

Percayalah padaku
Duniamu.... juga duniaku.

c/r   Malam kedinginan
       Mimpikan khayalan
       Hanya airmata menjadi teman setia....

Siang ke seorangan
Hidup tanpa teman
Mungkin disuatu masa
Dihari yang indah
Kita kan berbahagia

Mungkin kau tertanya
Bagaimana aku
Mampu memahamimu....

Sedangkan dunia
Yang kau lalui...
Hanya engkau tahu...

Teman di UTM, Skudai - Senibina : KURIQ & JOE

Youtube : Senibina (Warisan Kita)

Penulis dan pencipta asal  lagu Senibina sehingga kini masih berkumandang di UTM adalah: ZH - Joe.

 Rentak di Youtube diberi nafas baru....


Friday, February 25, 2022

Tahun 2022: PULANG KE ASAL

 

Perjalanan:

Bekerja tetap di Syarikat Kejuruteraan di Kuala Lumpur sejak November 2021. Ilmu teknikal yang belajar di Universiti telah digunakan kembali.


Office: Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Percaturan:

Kembali melibatkan diri dan menyertai kejohanan Catur setelah 3 tahun menyepikan diri dan bersara daripada Persekutuan Catur Malaysia (MCF).

Open Chess Tournament dedicated to the Day of the Diplomatic Worker in Russia and 55th Anniversary of the establishment of Diplomatic relations between Malaysia and Russia.

Tarikh: 12 Februari 2022


Bersama Pegawai MCF Nik Ahmad Farouqi di Russian Centre Science & Culture House yang pernah Bersama saya sebagai Jurulatih Chess Olympiad 2018 di Batumi, Georgia.

 

Hari ini ditawarkan menjadi Jurulatih team Paralimpik catur  Kuala Lumpur untuk persediaan SUKMA 2022.

SUKMA Johor 2020 telah ditunda ke 2022 di Kuala Lumpur. Sukan Catur Paralimpik ada dipertandingkan.

 

Pengisian:

Pada umur Senior 51+ pengalaman hidup untuk mencapai ketenangan jiwa, hubungan baik antara  keluarga & ekonomi yang mantap telah dilalui. Cabaran dan dugaan datang bersilih ganti.

 

Kedua-dua anak lelaki telah selamat bernikah pada tahun Feb & Dec 2021