YEARS

Wednesday, January 8, 2014

4th Journey: Hue, Vietnam 2010 -2012

 
HUE , VIETNAM - Forbidden City- bandaraya diraja dan ibu negara Dinasti Nguyen
Peningalan Kerajaan Melayu Champa -
 Yang tertua wujud di Indo-China telah TERHAPUS.



Hue dulunya adalah ibukota dari Vietnam ketika negara itu berada di bawah bendera Dinasti Nguyen. Sejarah dinasti yang panjang meninggalkan beberapa bangunan bersejarah, seperti benteng, monumen dan makam. Selain itu, letaknya yang berada di tengah Vietnam menjadi lokasi pertempuran antara pasukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara ketika Perang Vietnam.
 

Ngo Mon . Di belakang ialah FlagSquare Tower  yang dibina pada tahun 1809

Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh Perancis . Ketika Perang Dunia II, Empayar Jepun mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam,
Meskipun pada masa yang sama mengekalkan pentadbir Perancis ketika pendudukannya. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai semula Vietnam namun akhirnya gagal. Perjanjian Geneve  membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk menyatukan semula negara.
  Lambang "Unicorn' - - Simbol Penjaga Istana
Terletak di satu kawasan empat segi seluas 10km yang digelar Citadel (Kubu).
 ----------------------------------------------------------
Pengisian

KERAJAAN CHAMPA

 
Champa adalah tempat paling awal yang di diami oleh orang Melayu (kaum tertua yang wujud di Indo-China) di nusantara ini. Catatan sejarah China menyebut bahawa telah wujud sebuah negeri yang ditulis sebagai Lin Yi (Champa) pada tahun 192 Masehi. Bagaimana pun ahli sejarah sedang berusaha untuk mendapatkan petunjuk bagi membuktikan sejarah Champa telah bermula (semenjak tahun 137 Masehi) lebih awal dari tarikh yang nyatakan tersebut.
 Saya bergambar dengan Etnik Minorti - Rambut bersanggul tinggi

Negara Champa yang  telah diwujudkan oleh bangsa Melayu tersebut merupakan negara berasaskan negara kota perdagangan dan pelabuhan. Masyarakat Melayu Champa adalah golongan ahli perniagaan yang diwarisi dari datuk nenek mereka semenjak ribuan tahun lampau. Selain dari penganut agama yang taat, mereka juga adalah pelaut yang paling mahir di dunia. Kemahiran mereka menguasai dunia lautan menyebabkan masyarakat antarabangsa pada zaman dahulu menamakan Laut Champa, yang ratusan tahun kemudian ditukar menjadi Laut China Selatan.

Kestabilan Champa mula tergugat apabila Dai Viet (Annam atau Vietnam) telah mendapat pembebasan dari negeri China pada tahun 938 Masehi. Sebaik sahaja mengisytiharkan kemerdekaan, beserta dengan alasan bahawa penduduknya semakin ramai, maka kerajaan Vietnam memulakan kempen memperluaskan kawasan jajahan dengan menakluk negara jiran seperti Kemboja dan Champa. Serangan pertama yang dilancarkan oleh Vietnam pada tahun 982 Masehi. Semenjak itu bermulalah episod perang antara Champa dan Vietnam yang akhirnya membawa kehancuran Champa dan lenyap dari peta dunia.
Thien Mu Pagoda - Ditepi Perfume River


Peperangan di antara Champa dan Vietnam telah memakan masa ratusan tahun, dengan diselangi pelbagai rencah politik dari negara tetangganya seperti China, Khemer (Angkor atau Kemboja) serta Ayuthia (Siam). Letusan perang tersebut berlanjutan sehinggalah kejatuhan Vijaya, ibu negari Champa pada tahun 1471. Serangan yang disertai seramai 250,000 orang tentera Vietnam telah mengakibat kemusnahan besar terhadap orang Melayu Champa. Selain ibu kota mereka dijajah, berpuluh ribu rakyat Champa telah terkorban dan menjadi tawanan perang. Raja Champa yang bernama Ban La Tra Toan (Raja Chanranekalawa) serta kaum kerabat baginda juga turut terkorban dalam serangan tersebut.

Central Path dan Tasik Thai Dich dilihat daripada Ngo Mon Gate.

Kejatuhan Kota Vijaya ke tangan Vietnam tersebut menyebabkan menantu Raja Chanranekalawa, Wan Bo Tri Tri memindahkan ibukota Champa ke Panduranga. Wan Bo Tri Tri kemudian ditabalkan menjadi Raja Champa yang juga dikenali sebagai Sultan Wan Abu Abdullah (Raja Champa 1471 – 1478).

Era pemerintahan Wan Bo Tri Tri, Champa mula berubah corak. Agama Islam telah berkembang pesat. Bahasa Melayu Sanskrit tidak lagi digunakan dan kebudayaan Hindu-Budha telah dicampur dengan kebudayaan Islam yang dibawa dari Patani dan India. Pelabuhan Panduranga dibina dan kemudahan diperluaskan. Raja-raja daerah atau raja adat dari pelbagai kaum mula bersatu dan boleh bekerja sama di bawah panji Islam. Kekuatan tentera mulai tersusun  dan Champa mula kembali membangun dan bertambah maju sehinggakan negeri-negeri yang bersempadan mula teragak-agak untuk memulakan serangan.

Bagaimana pun, selepas era Wan Bo Tri Tri, Champa mulai diganggu gugat semula oleh musuh tradisi iaitu Vietnam. Sehinggalah pada tahun 1577, Champa dibawah pemerintahan Po Rome atau Sultan Abdul Hamid Syah (Raja Champa 1577 – 1657). Po Rome telah cuba mengumpul kekuatan dan mempertahankan bumi Champa namun pada tahun 1832, Champa telah dihapuskan namanya dari peta dunia oleh Vietnam. Maka berakhirlah Kerajaan Melayu Champa yang telah terdiri di muka bumi ini lebih dari 1,000 tahun (192 – 1832 Masehi).
Bangsa Melayu Champa adalah sebuah bangsa yang taat dalam beragama, ahli perniagaan serta pelayar samudera yang hebat. Akhirnya terperangkap dalam kemelut politik dan perang negeri jirannya Vietnam. Champa adalah bukan sebuah negara yang lemah dari segi pertahanannya, tetapi banyak faktor dalaman  dan luaran yang menyebabkan kejatuhan kerajaannya.
Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho
Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar
Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga

Kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Melayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.

Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. 

Catatan: seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah)
 ------------------------------------------------------------------

Perjalanan:

Pada ASEAN AGE-GROUP Chess Championship 2012, kejohanan di adakan bulan Jun di Bandar Hue, Vietnam.  Kami menginap di Hotel Huong Giang & Spa di persisir Purfume River.  Menginap 10 hari.

Percaturan:


 Perlantikan baru sebagai Setiausaha ASEAN -Chess Confederation 2012-2015